September 26, 2017

I'm back, hell yeah medschool done!

Hi semua, ya Allah lama gila tak tulis.

First sebab malas nak mampus,
Kedua sebab aku memang malas.
Ketiga sebab, aku takde masa sebenarnya.
Allahu alasan sampai setahun, sampai pemalas nak mampus.

Yeah. I'm done with my medschool guys. Yes, I am no more in Indonesia. I'm back for good. Alhamdulillah. Sangat bersyukur sudah selesai study, dah grad on time and surely....dah balik Malaysia walaupun hati adalah sikit sikit tinggal dekat Indonesia nun.. eh eh eh.

Sekarang lebih banyak fokus ke, holiday holiday dan holiday. Ni baru balik ari Vietnam. Alhamdulillah diberi kesempatan bercuti kesana dengan mak ayah. 2015 aku pi Phuket release stress, lepas tu dah tak kemana mana dah sebab busy dengan final year lepas tu aku ikut ujian kompetensi dokter indonesia tu haaa amik kau aku siap kena ikut lagi, boleh keje sana kot kalau aku continue internship dan dapat lesen sana tapi apakan daya harus balik kihkihkih. Aku siap pi tusyen lagi weh, ke Bandung sebab preparation ujian tu dekat sana. Alhamdulillah, sekali ujian je aku dah lulus. Syukur sangat. Berkat doa mak ayah dan kawan kawan serta semua kaum kerabat dan juga orang orang yg dalam diam mendoakan diriku. Terima kasih.

So sekarang aku plan nak pergi trip dekat dekat je la with my friend, inshaAllah semoga baik baik sahaja. Eksaited gila sebenarnya hehehehe. Dan tengah busy daftar juga nak masuk kerja, memang a lil bit busy la, nak buat camne kan. Tapi yesss, aku tetap nak update sebab macam dah lama tak update, tah ade ke tak yang baca, tapi just nak bagitahu lah i am happy sebab dah balik.

Dari dulu tulis blog, dulu tiap hari sekarang macam apa je, took time hahahaha. sebab dah malas dan tau tak macam rasa masa cepat berlalu dan aku suka sangat membazir masa.. masa tengah type ni aku tengah sakit perut, aduhai.

Aku masih aktif lah kat FB dan twitter tapi twitter nak fangirl aku dah nak off la inshaAllah. Sebab... yeah aku rasa nak buat yg baru sebab yang official aku pun ingat nak close jugek kahkahkah. nak lari je la keje aku kan.

takde banyak yg berubah dalam hidup ni. ada beberapa je la contohnya makin gemuk dan gemuk like that lols. tapi yang pastinya masih takde boyfriend like forever alone dan masih je macam budak budak dengan kawan yang sama kikiki. eh eh eh tapi now dah ada title la depan nama, tu je. ada title doktur gitchuu.

Donghae? Of course la masih suka gila ke tak suka. Hahahaha. Tak pernah berubah hati ni. Somehow happy sangat sebab dia dah balik dari military hehehehe. Hope to see their comeback soon. Himane oppadeul!

Drama? Yes still lagi tengok le cuma macam tak terlalu update compare to masa masa dulu tapi still love it :)

Eh banyak nya type ni, rasa macam lenguh pulak jari padahal dulu selalu je buat benda benda ni kekekeke.

Okay goodbye for now.

August 05, 2016

Pernah tak?

Hello hey ho hi guys

Lama jugak tak tulis. Hm, sibuk sangat lol.

Pernah tak korang jumpa orang yang tak banyak sangat interact dengan orang lain? Selalu take time to talk to someone? Pernah? Aku yakin paling ada la sekali dua korang met this kind of person kan? To be honest, I am one of them.

Entah sejak bila, aku susah nak communicate dengan orang. Mungkin sebab aku selalu nak berhati hati with my words and all and slowly end up jadi manusia socially awkward, takdelah awkward sangat tapi adalah sikit sampai nak mula cakap dengan stranger pun susah. Yes. Lama lama it's like I don't care but what amazed me is sebab aku tak banyak cakap, banyak yang percaya dengan aku dan menjadikan aku sebagai pendengar bermacam macam masalah dari gosip yang sangat private sampai ke masalah hidup mereka. Dan aku type yang rajin melayan pulak, hmm sebab aku tau rasanya simpan simpan simpan sampai jadi gunung emas ni.

Tapi dalam diam, aku orang yang ingin didengari juga. But you know what, aku hanya nak didengari oleh orang orang yang penting. Penting dalam hidup but as you grow older, people or kawan kawan dekat kau tend to have more commitments, kerja, studies, keluarga and so many more sehingga orang sejenis aku harus mencari media lain untuk didengari selain bercerita kepada Allah. Yes, kita manusia mesti mahu didengari. Paling tak pun, update status yang berbaur agak tak jelas macam tu sebab memang ada orang susah nak explain everything by word so dia type or write just like me, dan just like what I am doing right now lol.

Antara kawan kawan kita pasti ada satu yang susah nak jelaskan apa dia rasa, kadang pretend everything is okay, kadang dia sabar je dengan kita, dengari kita tapi lama lama sebab kita rasa dia okay, kita rasa dia akan okay okay je. Tak! Kadang dia pun mencari kawan dia untuk mendengar, tapi kadang kawan dia tak perasan pun semua tu, sebab semuanya nampak okay, as if nothing goes wrong. Dia manusia, ada perasaan, walau banyak mana dia suka mendengar, meminjamkan bahu dan membantu orang lain, dia juga kadang perlu tempat mendengar dan bersandar, tapi sebab dia jelas dan tahu dengan everyone's commitment, dia kadang tak sampai hati nak cerita pasal diri dia, dan ditambah dengan kawan tak peka dengan dia, akhirnya dia choose media lain untuk meluahkan.

Aku antara manusia yang macam tu. Jujur, masa aku masuk medical school, sebab aku orang luar and ada masalah bahasa sikit, aku rasa susah sangat nak communicate, dan lama lama jadi awkward nak mengutarakan pendapat sebab takde yang nak dengar. Lama lama awkward sangat even to say hi sebab sudah terbiasa dengan rasa tidak didengari.  Now when people ask me to speak up, susah sangat. Sampai kadang benda yang aku tahu, yang memang jawapan kepada masalah, takde yang nak dengar sebab rasa orang ni tak pernah give opinion dan pasti kalau bagi opinion pun, mesti tak power. Serious.

Ramai yang tak percaya I am that kind of person, orang yang took time to start a conversation and all, sebab bila aku dah okay with one person, aku akan jadi different, agak mischievous and suka pepelik je. Yes, sbb dah rasa selesa.

Namun begitu tetap tidak mudah meluahkan apa yang dirasakan. Susah nak bagitau "hey aku nak korang dengar ni". Things like that. Most of the time when aku cerita something, aku jujur je lah ye, aku nak didengari je, bukan diberi nasihat atau hentaman but that's what most people will do. Itu yang aku selalu dapat dari surrounding aku. Padahal aku ada banyak benda nak cerita, tentang impian, pendapat, masalah, tapi selalu apa yang aku dapat benda macam tu or muka nak taknak dengar atau doing something else. Dan aku kalau buat mcm tu, aku rasa kurang ajar dan tak hormat langsung sebab tu bila aku mendengar, aku betul betul tatap mata. Aku nak kau tahu, aku dengar. Ada tiba tiba cerita pasal masalah dia dan end up aku yang dengar. Padahal aku orang yang jarang cakap, suka diam, suka kemana mana alone, doing my own things but when people need me, of course I will help termasuklah mendengar dan mengelakkan orang rasa lonely. Yes, teman orang yang tak biasa alone makan and all, sebab aku tahu rasa doing things alone might be fine for me, but not for someone yang dah biasa berteman.

Aku nak bagitau, aku nak didengari. Aku mungkin terdengar sangat pesimis tapi aku berkata sesuatu yang pesimis dan aku nak orang dengar. Aku buat macam tu supaya aku tahu aku pesimis jadi aku pasti mencari jalan positif but when I told people yang aku ni macam ni macam tu in pessimist way mesti diorang "kau ni apa pesimis sangat ni? tak boleh positif ke?" Aku paling tak suka buat harapan palsu like that, semua nak positif, memang impossible. What? I am full of negativity? Okay I am sorry tapi that's me?

Bila aku bercerita pls understand aku nak didengari. Aku boleh listen to so many people so many problems but why it is hard to find one yang ikhlas nak dengar masalah aku, atau mendengar dongeng aku? Penah tak korang jumpa someone like me?

Pernah kan?

Mereka ada disekitar kita, dalam diam menangis ingin didengari orang lain tapi selalu takde peluang, selalu takde yang sudi.Just remember,tak semua orang pandai meluahkan sesuatu itu with words,jadi kadang kita yang kena lebih alert apa lagi kalau dia kawan dekat kita, family kita, suami/istri kita.

Pernah tak korang terfikir orang macam ni wujud?
Pernah tak terfikir untuk mendengar mereka?
atau pernah tak terfikir yang korang dah dengar mereka sepenuh hati?

Fikirkan.

February 21, 2016

Salam Tahun Baru 2016

Assalamualaikum

Selamat Tahun 2016 diriku ucapkan. Kah kah kah padahal dah tahun 2016 bulan Februari dah ni, Baru ada masa nak buat benda ni sebab aku busy nak mati bercuti lepas tu terus masuk Paeds. Paeds, gila nak mati busy dia peh. Aku pun tak ada masa sangat nak update blog, kekadang takde mood pun nak buat. Lol.

Well, azam aku untuk tahun ni belum aku ceritakan. Okay, meh aku bahas sikit lah pasal azam aku. Aku takdelah azam power sangat cuma biasa biasa je sebab belum tentu I can merealisasikan semua azam itu.

1. Nak menjadi seorang koas yang rajin belajar, dan tak bodoh. Okay serious azam ni aku ada lepas masuk paeds, lepas kena bantai bodoh semua. Peh, aku sampai dikatakan susah mencerna ilmu. Sobs, jujur memang sakit di hati.

2. Hmm, kedua aku nak turun sikit la berat badan. Okay, tahun lepas jadi kot sampai 10 kilo turun, tapi tahun ni aku nak turun, tapi jangan banyak sampai 10 kg sampai baju aku rasanya macam semua besar je, seluar apa lagi.

3. Aku nak sihat selalu kalau boleh, taknak macam last year masa nak ujian dept obgyn, aku sampai sakit, termuntah muntah few days before nak ujian, kena makan ubat terus. Capek tau tak nak kena makan terus, minum ubat terus. Haih.

4. Aku nak jadi lebih baik pada orang orang, I mean lebih lebih baik dari sebelumnya. Maksud aku, walaupun dia jahat dengan aku, aku taknak balas. Aku nak sabar je and leave it to God.

5. Lebih banyak melakukan kebaikan. Membantu mana yang perlu, menyayangi mana yang mampu eleeeee. Maksud aku, if can aku nak buat yang terbaik. Aku nak bantu banyak orang, sebab orang selalu underestimate aku ni cannot help dan tak membantu. Yeah, aku selalu je dipinggirkan.

6. Aku taknak banyak berharap. Well aku type cepat mengharap bila orang dah baik pada aku. Apa lagi pada yang aku dah percaya, pada orang yang aku believe sangat, pada orang yang aku selalu bantu. So mulai sekarang, aku taknak mengharap sangat.

Aku rasa 6 macam dah banyak je kakakakaka. Aku rasa cukuplah kot sebanyak itu azam. Macam boleh je nak realisasi 6 tu kan kan. Hahahaha *aku lagi tengah sabar dengan sesuatu ni sebab tu aku amik kesempatan buat ni*

Okaylah, aku rasa macam dah terlalu lambat nak cakap "happy new year". Yang aku harakan tahun ni sentiasa baik dan aman, sentiasa penuh keberkahan, sentiasa peniuh dengan kebaikan. Semoga Allah sentiasa melindungi aku,dan kawan kawan aku.

Han.

December 29, 2015

My 2015

Assalamualaikum.

Weh, lama gila aku tak tulis. Busy dan takde mood la tu sebab tu tak tulis en en en. Maklumlah, busy memanjang manjang manjang. Kalau tak busy tu maknanya, tidur. Itu pun dikira as busy heh. Eh, aku baca balik azam 2015 aku, macam terjadi je. Kahkahkahkah. Okay, tapi ada je yang tak jadi.

Yang menjadi tu contohnya yang keempat, kelima dan kesembilan. Yang tujuh lagi maybe boleh kelaut. I mean, I did try tapi takde sesukses mana lah. I can say that. So, meh la kita recap 2015 yang dah nak berakhir ni. Well, aku sekarang ni tenga cuti. But in two weeks, aku akan balik ke sana untuk meneruskan kerja aku, kahkahkah kerja la sangat.

January 2015.
Despite of business menguruskan skripsi yang ala ala tesis tu, aku mengaku sangat penat menghadapi dunia ini. Kahkahkahkah jujur. Tapi Januari aku dah manage selesaikan itu dan orang yang paling banyak tolong aku tu, Ivanty. Ahhh, ada ke kawan yang sanggup tolong kau siapkan kerja kau tu, sanggup teman kau pergi kampus yang jauh sebab nak uruskan semua benda termasuk urusan graduate. Ha, banyak sangat kerja. Thank God dia ada. Aku sangat berterima kasih kepada Allah sebab mempertemukan dengan kawan yang macam dia. She's younger 3 years than me , dan aku dah anggap macam adik..



February 2015



Kalau bulan ni, sibuk nak buat semua benda, sebab ada cuti kejap, lepas tu uruskan bayaran uni dan sebagainya. Lepas tu siap siap uruskan untuk hari graduate sambil sibuk nak uruskan kemasukan ke clinical year. Dan graduate hehehehehe



March 2015



First time masuk clinical year dekat hospital, atau kat sini dipanggil koas, or ermmm dokter muda lah kalau nak nama lawanya lagi. Guess what, department pertama aku tu department mata. First, sangat awkward nak bergaul, sangat susah sebab you know lah kan campur dengan senior sekali, but kakak kakak yang aku jumpa tu semua jenis yang baik baik walaupun adalah yang agak agak sikit hahahaha.


April 2015

Aku ke next department pulak pertengahan April. Salah satu department besar, yang aku rasa best sangat sebab I met nice kakak kakak dan bukan tu je, dapat pergi ke daerah, tempat lain i mean. Dapat main ke tempat lain. 5 minggu pertama dekat hospital lah tapi lepas tu baru kitorang pindah hospital yang dekat daerah kampung kampung tu. Hehehe


May 2015

Haaaa, disini ye kawan kawan, di sini lah dah pergi ke luar daerah tu. Was quite fun. Dan best sangat. Stres tu adalah sebab ada beberapa orang yang agak menyebabkan rasa tak selesa dengan keadaan sekitar but still, ada kawan kawan yang best yang pergi sana so rasa enjoy. Aku dapat pergi ke Muara Enim. Seriously best dan aku bantu orang melahirkan baby. 2 kali. Bukan baby je kami bantu lahi, uri pun sama. Alhamdulillah, nostalgik sangat. Bukan tu je, aku juga banyak ikut membantu dalam melakukan curetage pada orang orang yang keguguran. Oi, yang ni yang legal eh. Please kay.



June 2015

Balik dari daerah, ada ujian. Dan seriously penguji ujian aku yang jenis baik tapi ada satu yang agak strict. Well, bukan apa lah kan, aku memang takdelah pandai sangat dan aku paling takut ujian sorang sorang. Tapi, all is well. Lepas tu kami pindah ke department anestesi. Haaa, department ni masa bulan puasa. kahkahkahkah. maybe sebab bulan puasa so aku agak tak rasa sangat penat. penat memang penat tapi sebab ada yang membuli. i mean, dia nak main main tapi forgot plak dia ada group. yang kena tempiasnya, group dia. ha camtulah cite kenapa penat. dan disebabkan aku kena serangan gastritis masa bulan may, so aku care betul betul puasa aku. sebab takut kena lagi. sebab yang terakhir aku pergi cek tu, hmmm dokter dah tukar ubat aku sebab ubat yang lama kata dia dah tak work. Okay okay, so partner aku ni incharge jaga aku. Partner aku ni chinese guy, tapi nak mudahkan cite aku letakla nama dia pet. Ha, pet aku ni jaga la aku supaya tak terkena sangat dengan yang membuli.




July 2015

Raya dekat perantauan sebab pagi raya aku jaga Operation theatre hahahaha sebabnya aku tukar dengan kawan kawan yang lain. Diorang semua nak raya, so aku bagi la diorang raya asalkan lepas tu aku cuti. Hari raya kedua, aku terus terbang ke Malaysia, kahkahkahkah. cuti lama gak la. Malam sebelum raya tu, aku jalan jalan dengan kawan aku, Ivan. Huuu.



End of july, aku masuk department Saraf pulak. Haaa, department ni best. Aku suka la. Walaupun agak agak pening sebab patient banyak tapi okaylah. Orang orang department tu semua baik baik walaupun begitu, aku selalu hilang barang. Aku tak rasa aku misplace sebab aku bukan type yang begitu rupa, haa gitu.

Ogos 2015

Ogos, ujian di saraf. was quite okay for ujian case but aku rasa teruk gila osce aku, hahahaha ada chance nak mengulang je ahahahahha. apapun I hope everything will be okay. lepas tu, nak dekat end of august, aku masuk department bedah. finally, department yang aku awalnya agak eksaited tapi lepas masuk banyak betul main emosi aku dari segi rutin harian.

September 2015


Haaaa ni dia. Di bedah sepanjang bulan. Kahkahkah. Bedah? Best. I can say that. Namun begitu, aku merasakan ke lonely an yang amat sangat. Dan orang yang aku perlukan selalu takde untuk aku. Lepas tu, aku kena pulak bersabar dengan orang orang yang menyakiti aku using words. Bukan tu je, dekat dept tu, bila kau junior for 5 weeks, kau akan rasa sangat penat. Sebab kau akan jagaaaaaa je keje. Tak jaga ER, kau jaga wards. Tak jaga ward kau jaga operation theater dan tau tak, patient banyak.



Aku sepanjang dept tu, balik malam walaupun tak jaga malam, lepas tu kau kena bangun awal sangat sebab nak follow up. boleh kata, kadang the whole day hidup kau kat hospital tu.Namun begitu, hidup tetap diteruskan. Aku beruntung ada partner aku, selalu amik berat pasal aku walaupun kadang kadang menyebalkan hahahaha. Selama 5 minggu aku bersabar lepas tu aku jadi senior. Namun begitu, jadi senior tidak mudah juga haahahaha.

Oktober 2015



Ha, disini aku dah jadi senior dah. Kahkahkah. Masa ni walaupun tak banyak jaga malam taaaapi tetap je penat. Dengan case dengan nak ujian, dengan itu dan ini. Untung banyak residen yang baik baik juga lah walaupun agak hmmm, okay malas nak bahas sbb nanti ketawa lol. Lepas tu masa senior ni lah penat nak kejar kuliah singkat dengan specialist semua. Hoooo, namun begitu as I said before, kena teruskan hidup. Dan alhamdulillah, end of october aku ujian, dan guess what, I got doctor yang baik sangat. omg omg aku sampai berani ajak dokter ni tangkap gambar. hahaha sebab dia baik sangat.



and jujur sepanjang dekat dept tu aku paling suka bahagian orthopedics , selain dari digestive. Hehehehe. Aku rasa penat lelah aku dekat dept ni terbayar lah.

November 2015

Aku masuk department psychiatric. Namun, baru seminggu aku masuk, kami semua dihalau sebab kami lambat masuk masa hari pertama. Kahkahkahkah. Marah sangat specialist tu. Lalu aku nganggur selama 1.5 minggu (uruskan mana yang tak terurus) sebelum masuk ke department rehabilitation medicine. hahahaha. dan di department tu, i met nice people juga. And guess what, best juga dept ni sebenarnya. macam fisioterapi. and awal november kami ujian. Ujian pun dapat dengan dokter yang baik. alhamdulillah, Allah sayang aku. Syukur sangat!



December 2015


And now, here I am bercuti. Hahahaha. Aku bercuti sampai January je. Lepas tu balik ^^ So, aku dah ke Port Dickson hari tu main main dekat Pengkalan Balak. Lepastu I met my friends, kami pergi steamboat and then buat bbq kat rumah aku. Alhamdulillah, masih dipertemukan.




Lepas tu, aku ke Phuket. Bercuti kat sana kejap. Tapi hmmm agak tak best sebab waktu kat sana mood aku tak baik dan bukan tu je, aku nak ke Phuket sebab nak main kat pantai semua, not nak jalan jalan ke town sangat sebab tu memenatkan lol. Sepanjang tahun 2015 ni aku dah jalan banyak sangat masa kat hospital so aku nak lah rerehat sikit en lol. Namun begitu, bersyukur la main ke Phuket. Ada orang tak dapat kot lol.








Then, I'll be leaving to other place pulak besok. Hehehe. Hopefully, akan best.

2015 aku ni, buat aku banyak belajar. Kenal ramai orang. Buat banyak benda yang aku tak sangka aku akan buat. Kenal banyak perangai orang. Buat aku sedar, betapa banyak benda aku tak tau, banyak orang menderita dan sebagainya. Aku bersyukur sangat dengan hidup aku walaupun kadang aku jadi agak tak bersyukur sebab sense hilang tapi aku tetap berharap, 2016 akan buat lebih banyak memori lagi. Lepas ni aku dept Pediatric. Idk what will happen but aku harap, things will go well.

Thanks 2015, goodbye.

Welcome 2016.

Han


June 14, 2015

serius ni

Terlalu sibuk sampai terkadang merasa hidup ini hanya untuk sibuk.
Terlalu takut membiarkan orang lain memberi kasih sayang sampai terkadang lebih menyendiri
Dan paling takut bila ada yang berniat memberikan kasih tapi dengan orang yang macam aku yang tak banyak fikir pasal berkasih.
Menambah runsing kalau cerita tentang perasaan.
Belajar sahaja sudah runsing, pening.
Perlukan ketenangan minda, agar dapat berfikir dengan tenang dan membuang fikiran yang tidak perlu.
Aku taknak awkward.
Serius.
Aku berharap itu gurauan berteman

January 04, 2015

Hey 2015

Assalamualaikum semua yang membaca. Yang tak baca pun, assalamualaikum. Hahahah

Firstly nak ucapkan selamat tahun baru to all of you. Dah 2015 dah. Tah berapa tahun dah aku menulis blog. Mula dari Saranghae sampailah yang ni, hahahaha. Banyak tu aku tulis. Tapi tak kekal selalu. Satu sebab muak, satu sebab kecewa, satu seba itu sebab ini bla bla bla. Tapi inshaAllah kalau ada rezeki dan jodoh yang panjang, akan ku teruskan tulis blog ni sampai lah Allah kata, it's time for me to stop.

Di tahun baru ni, banyak gak benda yang diharapkan akan menjadi. Walaupun aku jenis malas ber resolusi ni, tapi kali ni aku main sikit ah resolusi aku untuk 2015 ni. Tapi tercapai atau tidak, tegantung mood aku lah. Tapi memandangkan aku maybe akan start busy this year, so aku nak buat everything in hidup aku jadi simple.

Benda utama yang aku impikan untuk tahun ni cukuplah success, happiness dan love. love tu tak semestinya benda camtu. maksud aku love aku pada semua orang. haih. somehow itu lah benda nya kalau tak dirincikan. tapi kalau nak explain banyak banyak rasanya takleh sebab kan not happen yet so yeah aku conclude kan dia dalam kemudahan gitu eleee.

Pokoknya, 2015 ni aku nak jadi a better person. not really a new me, but a new things to do. Ermm, aku takdelah jenis yang new year new me tuh, tapi adalah aku ingat nak bajet buat tahun ni kalau ada rezeki dan diizinkan heh.

Yang pertama, aku nak jadi anak yg lebih baik, yang tak menyusahkan (walaupun sampai skrg ni aku memang menyusahkan hahaha), Kedua, aku nak jadi hamba Allah yang lebih baik. Kalau boleh aku nak banyak banyak banyak banyak lagi dekat dengan Allah. Ketiga, aku nak sukses dengan semua benda yang aku buat, semoga sentiasa dipermudah oleh Allah. Selain tu, aku ingat ada la sikit niat nak turunkan paling banyak 10 kg berat aku walaupun aku tak sure what will happen but i'll just give a try. kalau aku give up pun, macam kesah sangat en? ahahahhaah.  Kelima aku nak allow ramai orang masuk dalam hidup aku, tapi aku still dalam alert state ah, semua boleh masuk, means aku bukak hati aku untuk lebih banyak berkawan, enjoy moments dengan ramai orang, tapi aku taknak terjebak secara mendalam, like bagi a lot of kepercayaan, atau kasih sayang. sbb nanti aku je selalu suka kat kawan aku, padahal kawan aku tah suka aku ke tak en. Keenam tu aku nak jadi rajin belajar biar aku bebetul boleh jadi dokter. Pastu aku nak jadi lebih riang. Means, aku taknak fikir sangat apa orang buat , apa orang fikir pasal aku atau apa orang lakukan pada aku. Aku akan berusaha terima orang tu selagi aku boleh tanpa terlalu bergantung pada dia. Kelapan (amboi banyak padahal sama je bendanya kakaka) , aku nak jadi lebih ramah, lebih warm pada orang. Aku nak jadi orang yang disenangi selalu. Stop da ah being cold ni walaupun best. Kesembilan, aku nak slowly change in appearance, aku nak cuba banyak benda yang aku tak pernah cuba, aku nak try pakai tu, pakai ni, beli tu beli ni (mana yg mampu ah kan wkakakak) dan lastly, aku nak lebih ada banyak waktu bersembang dengan orang dan ekspresikan perasaan aku.


Banyak kau hahahaha. Ala benda sama je kan padahal. Lek ah.

Sekian buat waktu ni, semoga semua sihat sejahtera walaupun lepas baca resolusi aku. hahahaha

Terus baca blog gua sampai gua jadi dokter.

December 31, 2014

My 2014


Hi! Assalamualaikum. Rasa macam dah lama sangat tak tulis entry panjang. So, ingat nak abadikan satu entry panjang tentang apa yg diriku lakukan dan hadapi sepanjang tahun 2014 memandangkan esok hari terakhir dalam tahun 2014 :) Tahun baru bakal muncul, dan kehidupanku juga pasti bakal berubah dengan hal- hal yang baru. Okay jangan buang masa lagi, marilah kita cuba review dari januari 2014- disember 2014.

January.

January adalah titik aku mengakhiri sem 5 dengan blok 22 aku. ini bukti kami tamat blok 22 eleee.



dan kemudian aku bercuti sebentar, pulang ke tanah air pergi makan dekat Ikea hahaa kecoh.*batak jap sebab first time waktu tu* pasti aku banyak buat check up sebab aku kurang sihat selalu. so aku buat banyak appointment dan it turn out aku memang ada problem. hahaha tatau nak sedih ke apa. lol. pastu juga memulakan sem 6 aku dengan sebuah blok yang agak susah, blok 23. blok di mana kitorang belajar pasal O&G. Blok ni ala ala cuci mata sebab doktor ramai hensem, lol. tapi dalam diam, aku tak terpikat pun dengan mana mana doktor kacak yang memang semua spesialis tapi masih muda, tetapi aku diam diam tertarik dan terasa doktor lain pulak yang keren, eh dah kenapakan aku hahahahaha. haa yelah sebab dia style bapak2 so aku suka. rupanya, specialist anak, wkakaka. tapi tua ah. tapi aku suka cara dia cakap, ah lupakan tak penting pun. ya Allah hahaha. Dan tahun 2013 ni aku banyak hidup seperti sebatang kara, faham tak? aku lebih bersendirian dan memendam cam biasa dan cuba berjauhan mencari diri yang hilang dibawa ombak cinta, eh salah dibawa ombak yg aku tatau datang dari mana yang menyedarkan aku, kawan itu memang boleh banyak, tapi hati kita, biar sahabat yg mengerti amboi ayat aku haaaa. Pastu January aku menggila dengan drama jeng jeng jeng, Reply 1994. Best gilak bak ang!

February

Peh, bulan kami memulakan class isnin sampai sabtu. sabtu tu kelas asas bahasa, agama dan sebagainya. amik ko, sepanjang bulan ni, dengan carry blok yang berat , bertungkus lumus berusaha menggapai marks yang bagus untuk blok 23 tadi tu. heol. busy dan penat tapi still aku ada masa spend waktu kat fb sebab semua yang aku tulis kat sini banyak aku amik dari fb hehehe. bulan 2 ni tak banyak benda aku buat sebab busy. dan banyak sibuk membaca. dan banyak sibuk bersedih juga, hahahaha. dah dah malas nak ulas banyak pasal bulan 2 memandangkan takde benda sangat aku buat it seems hahaha. tapi nah, ni gambar kami praktis skill pasang intrauterine device lol.



March

Aku yakin, bulan ni bulan mengejutkan bila MH370 hilang. Sungguh, kat mana mana semua update pasal berita ni. dan yang sadis, takde satu berita pun sampai sekarang pasal kapal terbang ni. aku pun masih menunggu sampai sekarang (even kapal yg baru je terhempas dua hari lepas dah jumpa <<< nnt aku cite). Bulan ni aku busy dengan drama You Who Come From The Stars. Haaa, yg hits sangat tu sebab ada Do Min Joon si alien dengan si Cheon Song Yi yang aneh ahahaha. Dan  bulan ni jugalah aku join sukan fakulti aku. aku join tarik tali dengan cheer. ala cheer tu semua kena ikut and guess what we won the second place . dan tarik tali, mesti lah juara. hahahaha, lol. semua budak suka je. oke oke logo kami, we call ourselves BUAS.





haaa  oh ye bulan ni juga, ada orang blocked aku dekat IG dan juga FB. malas nak sebut nama, just suka hati hang lah. moga hang bahagia dengan suami hang lol.

April

Bulan April. Masa ni aku busy dengan blok Paed. Blok 24. Hmmm. Blok ni best sebab belajar pasal anak anak dan baby. Dan aku memang suka dak dak kecik yang tak berisik ye. HAHAHAHA. main je. erm. pada bulan ni juga aku banyak spent time update pasal tragedi ferry sewol.



Haa, sedih tau tragedy tu. Kalau korang tak tahu, just google and baca la. Somehow, semua telah ditakdirkan. Hmmm. And this month pun, phone samsung aku punya skrin rosak :( Uwuwuuw. Pastu end of April ni aku dah start blok komuniti. So, bertambah busy sebab strict gila bak ang.

May

Peh bulan ni. Peh. Bulan di mana aku sedar, aku takkan ada waku yang banyak sebab final year project aku dah start untuk memilih tajuk. pening kepala aku nak pilih yang mana, aigoo. Pening pening. Lepas tu pula may ni ada pensi. macam pesta seni something la yang fakulti aku buat. buat pertama dan terakhir kali aku join. ini bukti hehheheh.






Pastu bulan ni juga adik aku dapat denggi. Hmm. Tapi alhamdulillah sihat dia. And bulan ni aku tgk emergency couple, lol funny.

June

A lonely month. Susah pulak tu. Go through blok menyampah dengan SPSS yang tak mampu difahami. dan masa birthday, semua busy exam.hanya beberapa org je wish birthday, and no one seems happy nak ajak celebrate. Hanya a piece of cake that I bought for myself, eating it alone in a restaurant. buy myself a gift, and i'm all alone. but that's how I learnt, sometimes better alone, you will know siapa kawan you, siapa yang can read you and many more. dan aku cuma ada satu je gambar birthday tanpa cake, sumpah sedih. tapi takpelah, dah lepas pun. walaupun aku terasa, hahaha. Lepas tu, bulan ni jugalah aku akhiri third year aku. heh. ni bukti aku bergambar dengan awek fav aku, elee.



dia suka ngaku dia donghae, lol. dan ini bulan jugalah kita puasa tau hahaha ^^

July

July masih bulan puasa. aku balik malaysia kejap.buat ni. tadaaaaaa....



pastu aku datang balik, uruskan perjumpaan dengan pembimbing aku. dan pastu, aku balik. hmmm, july, pasti semua ingat tragedi MH17. Sungguh sedih bila dapat tahu benda camtu happened di bulan puasa pulak tu. Sungguh sedih sebab ada yang nak balik raya and all. I still remember masa tu aku tgh online twitter kot masa aku dapat berita tu. It was indeed a tragic, super tragic thing that happened in this month. july juga bulan raya. hahahaha



August

Bulan ni, erm... bulan ni aku ada dekat Malaysia. Menghabiskan waktu dengan family dan kawan kawan. Aku pergi shopping semua. Lepas tu, aku pergi kelantan, main kat rumah mak usu aku. Hmm, not bad lah but... it's just kelantan is not my thing maybe sebab i don't feel like living mcm yang aku dah biasa. tapi okaylah. hahahah.




Lepas tu bulan ni la aku start sem 7 aku. Busy dengan fyp aku. busy sikit la. hmmm. pastu banyak la aktiviti selingan sikit macam ni.


ahhh pastu suju comeback! hahahaha. mamacitaaaaaa this is love! wuwuwuwu

September

September bulan paling pening. Haaaa, dah mula dah bau bau pening dia. Busy dengan ED. Pastu FYP. pening sepening peningnya. banyak makan pulak tu bulan ni ahahahahaha. ED punya kelas tak banyak tapi nak kejar kejar buat FYP tu yang buat aku pening. dan seksa gak ah. hahahaha. dan bulan ni juga mama datang. tadaaaaaaaaaaa...




Oktober.

Bulan di mana level stress bertambah. haihhhh. Bulan birthday donghae kesayangan hahaha. dan bulan ni kantoi dengan budak lelaki kelas yang aku keluar pakai jubah -_- sblm ni no one ever saw me wearing jubah dan keluar ahahahahah sebab i preferred long pants je -_- pastu bulan ni gila banyak spend hahahahahaha. asyik makan. dan bulan ni raya haji. dan pergi makan ke rumah ibu sebelah, ibu tuti nama beliau. eleee.



pastu bulan ni lah sungmin ngaku dia nak kahwin dah. haih. aku cam, okay okay je. dah masa pun kan. dan bulan ni jugalah handphone aku rosak lagi -_____- stress. dah la kejar nak proposal, phone pula rosak. aduhai.

November

Busy nak exam blok 27. busy nak proposal jugak. pehhh proposal aku ditolak mentah mentah gila kau aku nak nangis masa dia cakap nak tolak aku rasa cam ahhh, aku tatau camne nak cakap, nak describe rasa aku waktu tu. peh memang aku cam speechless. usaha aku few months was... like useless sangat. in one day, gone! pastu this month mama datang ganti phone aku. hahahahahahahaha gelak jap.



macam biasa aku keep going and walking uruskan fyp aku walaupun hampir jatuh cam terkapai kapai, ku struggle alone with emotion :( I did go through a lot. hmm. dan tidak dilupakan juga, masa tengah bulan ni, aku busy start blok 28. hmmm ni tak best. doktor keluarga nye benda. ahhh.

December

Banyak nangis, sebab rasa macam takkan sempat siap kerja FYP aku. sedih sangat sebab banyak halangan. rasa diri alone, tak kuat. cuba nak terima kenyataan yang aku takkan dapat sekalian masuk bersama kawan aku. ada kemungkinan tak dapat. tapi aku harap, dapat masuk sekali. doakan aku. bulan ni, aku banyak menunggu orang, demi suatu keputusan kecil. banyak aku go through bulan ni, sampai aku depressed. plus i have friendships problem and i just hate it how people yg kita kutip jadi jahat to us. imagine. haih. dan aku banyak make up testing testing.





dan busy juga lah urus kerja aku. pastu ada aku and kawan kawan sama lecturer pergi sambut birthday beliau si lecturer kami.


pastu adalah function dari kedutaan.



hmm. dan bulan ni lah kitorang habis semua kelas. lepas ni, kami start klinikal. march nanti. so kami ada amik foto kelas. tapi till now tak dapat foto nye ciskek. so ni ada foto random random je.


oh yeah dan bulan ni banyak bencana. habis satu malaysia (tak semua) tapi mostly banjir. dan yang paling menyayat hati, beberapa hari lepas, pesawat air asia hilang dan today found out dah crashed :( sedih. 2014 ni macam sedih sedih dan banyak ujian.

walaupun aku tak describe semua dengan detail, aku harap at least aku ada something sepanjang ini untuk flashback kisah hidup 2014 aku. aku tau, tak semua orang hidup bahagia sepanjang tahun, dan aku nukilkan ni just sebagai memory, as 2014 akan leave dan aku pun akan slowly bertambah tua. aku harap, aku boleh jadi better person dia tahun 2015. dengan rezeki yang melimpah limpah. amin.



Bye 2014, Hello 2015 :)